Thursday 12 January 2012

Menu hari ini



MASAKAN KAMPUNG MENU TENGAH HARI...

P1270984
Salam petang semua, huhu, patut ni masuk dalam ruangan tengah hari, tapi penat nak ngadap tenet, jemu, letih dan ngantuk. Jadi masa ni agak lapang sikit, aku masukkan lah n3 baru. Saja nak share benda2 biasa yang dimasak oleh kedai kami Selalunya masakan biasa2 je, eh lupa nak letak pic singgang ikan kegemaran ku tadi...hmm tak pelah setakat singgang jee kan.. Ok tengah hari tadi mat masak semua atas permintaan, kalau mat gebu, yang sedang2 saja lahh...Tapi masakan atas tu tak delah susah mana, semua resipi dia mat pernah share kat sini dulu...Jadi rungan kali ni kami tak tulis apa2 resipi, lebih pada cerita bergambar saja lahh...
Lemak putih pucuk ubi ni menu arahan pertama mat dapat pagi tadi. Tapi pucuk ubi tu abah mat ambik di kawasan tanah rendah rumah kami. Guna pucuk ubi jenis batang hijau, pilih yang muda saja, kalau ikut style orang2 Rembau, mereka petik daun muda yang tumbuh 3 tangkai dari atas pucuk, dan pucuk hujung sekali dibuang, ini petua untuk mengelakkan pening kepala...ingat petua saja bukan sahih yea...style orang dulu2. Sebelah tu lauk biasa, kacang panjang goreng dengan udang dan cendawan black fungus, campur soo hoon....

 ikan belanak, ikan masin tak goreng sebab semalam punya masih berbaki. Ikan belanak ni sedap, cuma kerja dia lebih sikit. Goreng dalam minyak baru untuk mendapat hasil yang rangup dan tidak melengas. Sedap juga kalau dibuat sambal, atau masak kicap... Hmm begitu lah menu masakan kampung untuk tengah hari tadi...biasa2 jee kan.. Yelah kita dok kampung, manfaatkan apa yang ada...

1 comment: