Thursday 8 December 2011

Resepi untuk anda...


TAHU TELUR

Tahu telur adalah sajian yang terbuat dari telur yang didadar dengan tahu yang digoreng dan disajikan dengan taoge, ketimun, daun seleri dan bawang merah goreng lalu disiram dengan saus petis.  Sajian yang pasti nikmat ini wajib untuk Anda coba!

Bahan-bahan/bumbu-bumbu :

Bahan:
1 buah (300 gram) tahu cina 
4 butir telur 
1/2 sendok teh garam 
1/4 sendok teh merica bubuk 

Bahan Saus Per Porsi:
1 siung bawang putih, digoreng
2 buah cabai rawit, direbus
1 sendok makan kacang tanah kulit, digoreng 
1 sendok teh petis 
1/4 sendok teh garam 
1/2 sendok teh gula merah, disisir halus
50 ml air 
1 sendok makan kecap manis 

Bahan Pelengkap:
200 gram taoge, diseduh air panas
2 buah ketimun, dibuang biji, dipotong kotak
2 batang seledri, diiris halus untuk taburan
1 sendok makan bawang merah goreng untuk taburan 

Cara membuat:
  1. Lumuri tahu dalam 1/2 sendok teh garam dan 150 ml air. Goreng asal berkulit. Potong-potong dan bagi empat bagian.
  2. Kocok telur, garam, dan merica bubuk. Bagi 4 bagian. Campur satu bagian telur dan satu bagian tahu. Aduk rata.
  3. Panaskan 100 ml minyak dalam wajan cekung. Tuang adonan. Goreng sampai matang. Angkat. Lakukan sampai adonan habis.
  4. Saus, haluskan bawang putih, cabai rawit, cabai merah, dan kacang tanah. Masukkan petis, garam, dan gula merah. Aduk rata. Masukkan air dan kecap manis. Aduk rata.
  5. Sajikan tahu telur diatas piring. Beri taoge dan ketimun. Siram dengan saus. Tabur seledri dan bawang merah goreng.

Maklumat untuk anda semua....



Ramai manusia inginkan badan yang sihat dan ideal. Namun tahukah anda amalan pemakanan yang kita sangka 'sihat' selama ini tidak semestinya membantu kita dalam mencapai misi kesihatan yang optimun. Lihat sahaja zaman sekarang pelbagai tips pemakananan dan keadah diet yang 'betul' memenuhi dada akhbar, majalah dan media elektronik. Persoalannya adakah ia berguna kepada kita? Ataupun tips tersebut hanya sekadar diguna-pakai oleh sesetengah pihak? My Decrescendo hari ini ingin membongkar rahsia di sebalik amalan palsu dalam kesihatan.


Palsu - Coklat tidak membantu masalah kitar haid

SEBENARNYA - Coklat memang membantu wanita yang mempunyai simptom PMS kerana kajian membuktikan perasaan marah, sedih dan emosi terganggu dapat dikurangkan dengan coklat kerana kandungan serotonin yang berupaya mengubah mood seseorang. Selain itu coklat juga mengandungi mineral iaitu magnesium di mana ia penting sewaktu haid.
Coklat Cair

Palsu - Manusia memerlukan 8 gelas air sehari

SEBENARNYA - Manusia hanya memerlukan satu liter air dalam badan untuk kekal segar. Apa yang perlu kita tekankan ialah bagaimana memastikan diri kita sentiasa cukup dengan air dan bukannya menjadikan 8 gelas sebagai perkara yang wajib. Cecair dalam badan akan berkurang mengikut rutin dan cara hidup kita. Jika anda rajin bersukan maka anda haruslah menggantikan cecair yang terkumuh dengan minum air yang lebih. Kajian membuktikan walaupun seseorang itu terlupa untuk minum air selama sehari keadaannya akan tetap normal melainkan ia mempunyai masalah yang lain.
8 Gelas Air

Palsu - Makanan manis buat kanak-kanak Hyper Active

SEBENARNYA - Fenomena yang sering dilihat oleh ibu-bapa adalah setelah memberi manisan kepada anaknya, 15 minit kemudian si kecil tadi menjadi sangat aktif. Ia sememangnya nampak seperti masuk akal. Namun kajian oleh Warner, seorang pakar pemakanan membuktikan bahawa manisan tidak langsung mempunyai kaitan biologi dengan kelakuan kanak-kanak. Kelakuan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling ataupun suasana dan perasaannya. Bukannya kerana manisan tetapi kerana mendapat manisan.
Kanak-kanak dan Donut

Palsu - Makanan organik lebih berkhasiat

SEBENARNYA -  Telur organik, kacang organik dan ayam organik sememangnya menjadi pilihan sesetengah masyarakat yang prihatin dengan khasiat. Namun makanan organik adalah sangat mahal di pasaran. Satu kajian yang dibuat oleh Stanford University, tidak kira bagaimana caranya binatang atau tumbuhan itu dibesarkan, kandungan mineral dan vitaminnya adalah tetap sama. Yang berubah hanya sebilangan kecil produk tenusu seperti yogurt dan keju itupun hanya peningkatan daripada omega 3. Hanya satu kelebihannya iaitu kita tidak akan menghadam racun serangga dan anti bakteria yang digunakan.
Lembu,Sapi

Palsu - Makan tengah malam menggemukkan

SEBENARNYA -  Kajian daripada Arkansas University membuktikan bahawa obesiti bukan berpunca daripada tenaga yang tidak digunakan kemudian bertukar menjadi lemak. Proses pencernaan mengambil masa yang lama dan ia mengikut aktiviti harian kita. Ramai yang berpendapat sewaktu kita tidur kita akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak. Sebenarnya metabolisma badan kita tidak pernah berhenti. Ia hanya menjadi perlahan sewaktu tidur untuk mengelakkan tenaga yang berlebihan. Kita menjadi gemuk bukan kerana waktu makan tetapi kuantiti kalori yang kita ambil tidak kira ianya pada waktu siang ataupun malam.
Mengintai Peti Sejuk

Palsu - Telur sebabkan sakit jantung

SEBENARNYA - Ramai yang berpendapat kolestrol dalam telur menyebabkan saluran jantung tersumbat dan punca kepada sakit jantung. Tahukah anda 75% kolestrol adalah dihasilkan oleh hati sendiri untuk memproses makanan lemak tepu dan bukannya makanan yang ada kolestrol? Mengikut kajian pakar kolestol dalam telur tiada kaitan dengan penyakit jantung malah pesakit yang tinggi kolestrol juga diberikan telur beberapa biji seminggu kerana khasiat telur adalah menguatkan sel dan juga penyumbang vitamin D.
telur,omega 3


Read more: http://mydecrescendo.blogspot.com/2012/12/6-fakta-palsu-
tentang-makanan.html#ixzz2VJtmPJW4